Home » Dunia Islam

Zionis Keluar Fatwa Bolehkan Bunuh Semua Tahanan Palestin

15 December 2009 762 Views No Comment

aa

JERUSALEM – Dewan Rabbi Zionis yang dipanggil “Sanhedrin” telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan pembunuhan semua tahanan Palestin sekiranya askar Israel yang ditawan oleh pejuang Palestin, Gilad Shalit, tidak dikembalikan dengan selamat.

Surat khabar harian Israel, Yediot Aharonot, memetik kenyataan yang dikeluarkan Sanhedrin pada Jumaat lepas yang menyifatkan pembebasan “penjenayah-penjenayah Palestin” sebagai ganti pembebasan Shalit seperti dalam perjanjian-perjanjian terdahulu merupakan bentuk “kekalahan atau penyerahan diri.”

Dewan Rabbi itu menggesa kerajaan Israel untuk mencari mekanisme lain bagi membebaskan Shalit termasuk menyasarkan “pembunuh-pembunuh yang berada di dalam penjara kita”, sebagai merujuk kepada para tahanan Palestin.

Mereka juga menyeru kepada serangan besar-besaran ke atas Gaza dengan matlamat untuk menghapuskan Hamas secara mutlak. Selain itu, Dewan Rabbi tersebut meminta kerajaan Israel supaya menggalakkan penempatan Israel di Tebing Barat, Jerusalem dan sepanjang Sungai Jordan bagi mengukuhkan pengaruh mereka di sana.

Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah:


Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

Jewish edict: Kill all Palestinian prisoners if Shalit not returned

OCCUPIED JERUSALEM – The council of Jewish rabbis called the “Sanhedrin” has issued an edict allowing the killing of all Palestinian prisoners if the Israeli captured soldier Gilad Shalit was not returned safe.

Hebrew daily Yediot Ahronot quoted a statement by the Sanhedrin on Friday as saying that releasing Shalit in return for the release of “criminals” as what happened in past exchange deals is considered “capitulation”.

The council called for pursuing other means to liberate Shalit including targeting “killers in our jails”, referring to the Palestinian prisoners.

It called for a large-scale war on Gaza with the declared aim of eliminating Hamas once and for all.

The council urged the Israeli government to encourage settlements to boost their presence in the West Bank, Jerusalem, and along the Jordan River.

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.