Turkistan: Bumi kecil Islam yang dirobek [Bahagian 1]
Laluan Sutera pernah menjadi gah suatu ketika dahulu sebagai laluan perdagangan darat utama antara Timur dan Barat. Mungkin ada dalam kalangan kita pernah biasa mendengar nama tempat seperti Urumqi yang letaknya di tengah-tengah laluan tersebut. Kalau dahulu Urumqi biasa menjadi pusat perkumpulan dan persinggahan para pedagang semenjak 20 abad yang lampau, kini ada kisah tersirat yang mampu mengguris sanubari orang-orang Islam sedunia.

Peta Turkistan.
Urumqi kini menjadi ibu negara Turkistan, atau Turkistan Timur, atau Wilayah Autonomi Xinjiang Uighyur (Xinjiang Uighyur Autonomous Region). Amat jarang diketahui umum bahawa Turkistan secara spesifiknya pernah menjadi tamadun yang begitu hebat yang mempunyai identiti kebudayaan yang tersendiri. Turkistan sejak sekian lama merupakan tanah tumpah bagi orang-orang Uighyur dan orang-orang Turk yang mempunyai bahasa ibunda yang sama. Anggaran populasi mereka ialah sejumlah 25 juta orang dengan majoritinya beragama Islam. Walau bagaimanapun, jumlah ini dikaburkan oleh Republik China dengan mengatakan populasi semasa ialah 11 juta. Isu sebenar timbul di sini; apakah kaitannya Republik China dengan Turkistan?
Masyarakat Uighyur hidup dengan kemerdekaan di tanah sendiri sehingga operasi haram China pada 1949, di mana kerajaan Komunis pada masa itu mula mendiskriminasi mereka dengan menceroboh bumi Turkistan. Seolah-olah penghapusan etnik Uighyur giat dilaksanakan, budaya tradisional mereka diharamkan daripada diamalkan. Bukan itu sahaja, asimilasi budaya luar, khususnya daripada China berlaku tanpa kawalan. Hal ini jelas menjejaskan etnik Uighyur dan etnik-etnik lain seperti Tajik, Uzbek dan sebagainya. Kehidupan mula diubah, budaya sendiri diharamkan. Identiti sendiri semakin pudar!
Bahagian seterusnya akan mengupas bagaimana polisi kerajaan komunis China terdahulu dan kerajaan semasa memberi impak yang sangat besar kepada koloni Islam Uighyur di Turkistan, serta kesimpulan yang perlu kita faham dengan sejelas-jelasnya mengenai permasalahan ini.











[...] Sejarah Islam di Timur Tengah dibentangkan oleh Imam Abdul Salam yang merupakan imam tetap di masjid tersebut. Pembentangan secara santai itu sedikit sebanyak membuka mata hadirin tentang nasib umat Islam di sana. Program diakhiri dengan jamuan ringan. Lanjutan ringkas mengenai pembentangan tersebut boleh didapati di sini. [...]
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.