Home » Dunia Islam

Siri Terkini Serangan Zionis Israel ke atas Gaza

30 December 2008 645 Views No Comment

Berikut ialah siri berita tentang kekejaman Zionis Israel menyerang Semenanjung Gaza di Palestin. Dipetik daripada Palestinkini.info.

  • 26 Disember 2008, Jumaat – Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza. Ashkenazi berkata tentera udara Israel turut telah bersiap sedia bagi melakukan serangan. Beliau turut menambah, situasi di Gaza tidak dapat bertahan lama kerana pejuang Palestin masih terus menyerang pendudukan Israel dengan roket buatan sendiri. PM Israel turut mengugut rakyat Palestin di Gaza agar menolak peraturan Hamas agar memberhentikan tembakan roket buatan sendiri.
  • 29 Disember 2008, Isnin - Tentera rejim Zionis terus menerus menyerang Jalur Gaza dengan mengebom Universiti Islam Gaza di bandar Gaza pada sebelah malam. Kamaleen Shaath, Ketua Universiti Gaza berkata tentera rejim Zionis tidak ragu-ragu mengebom mana-mana tempat termasuk masjid, hospital dan tempat-tempat awam yang lain.
  • 29 Disember 2008, Isnin – Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di semenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.
    Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut. Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata. Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera.
  • 30 Disember 2008, Selasa – Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera. Sumber-sumber itu berkata yang Ziad Abu Teir, anggota Al Quds Brigades, dan tiga warga Palestin lain telah terbunuh apabila rejim Zionis mengebom bandar Abasan , timur Khan Younis. Lima penduduk, ahli-ahli keluarga yang sama tercedera.
  • 30 Disember 2008, Selasa – Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera. Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza. Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin. TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

“Di mana semangat persaudaraan Islam anda di kala ini?”

Share/Save/Bookmark

Comments are closed.