Home » Headline

Rayuan Sumbangan untuk Mangsa Haiti

27 January 2010 947 Views No Comment

Dunia telah digemparkan dengan berita kemusnahan sebuah negara di Kepulauan Caribbean. Gempa bumi dengan magnitud 7.3 pada skala Richter itu telah melanda Port-au-Prince. Tidak lama selepas itu, Haiti digegarkan lagi dengan dua gempa kecil berskala 5.9 dan 5.5. Ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah melanda Haiti sejak 200 tahun yang lalu.

Seluruh Haiti telah dimusnahkan angkara gempa bumi itu. Dianggarkan sebanyak 90% bangunan-bangunan musnah, jalan raya rosak dan jaringan komunikasi tergendala. Pentadbiran negara dan juga sektor keselamatan awam lumpuh akibat gempa itu. Ramai pemimpin negara itu telah terkorban bersama-sama 200,000 penduduk setempat. 250,000 yang lain cedera dan 1,500,000 kehilangan tempat tinggal. Pasukan penyelamat yang berada di sana menganggarkan bahawa lebih kurang 20,000 akan mati setiap hari kerana ketiadaan peralatan perubatan dan keperluan asas. Ini kerana ramai penduduk yang cedera memerlukan rawatan rapi dan pembedahan.

Haiti adalah negara termiskin di Hemisfera Utara. 80% penduduk Haiti berada di dalam kemiskinan yang ekstrim. Oleh itu, negara ini sangat memerlukan bantuan penduduk dunia bagi meringankan beban mereka. Maka, sebagai umat Islam, wajar bagi kita mengambil peluang ini untuk menambahkan amalan kita dan membantu mereka sekadar yang termampu.

Islam menyarankan penganutnya untuk tolong-menolong dalam perkara kebaikan seperti dalam surah al-Maidah, ayat 2:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.”

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghulurkan apa yang termampu, tidak kira dari segi wang, doa mahupun sekadar mengingatkan dan menyedarkan orang lain tentang hal ini. Sumbangan boleh dibuat terus melalui laman web Human Appeal International di   http://www.humanappeal.org.au/haiti_earthquake_relief.aspx

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.