Rayuan Derma Untuk Pengubahsuaian Masjid Abu Bakr
Masjid Abu Bakr atau lebih dikenali dengan Wandana Mosque yang terletak di Gilles Plains, South Australia akan mengalami proses penambahbaikan. Mengikut pelan pembinaan kompleks masjid berkenaan yang disiarkan kepada umum, masjid yang baharu kelak akan mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas, di samping infrastruktur dalaman masjid serta tempat mengambil wudhuk yang lebih teratur berbanding yang sedia ada.
Justeru itu, imam masjid berkenaan berharap agar orang ramai dapat menghulurkan sedikit derma untuk menjayakan pembinaan kompleks masjid yang baru kelak.
Orang ramai boleh menderma secara internet transfer melalui butiran berikut:
Nama Bank: Commonwealth Bank of Australia
BSB: 065 000
Nombor Akaun: 11358279
Nama Akaun: Islamic Society of South Australia
Diharapkan agar jumlah kutipan derma akan mencapai sasaran menjadi AU$600,000 sebelum 1 April 2010, supaya proses pengubahsuaian dapat dimulakan pada tarikh berkenaan.











Leave your response!
You must be logged in to post a comment.