Home » Laporan MISSA

Rangkuman MISSA Sport’s Day [Futsal Brothers]

25 March 2009 652 Views No Comment

Pada hari Isnin bersamaan 9/3/2009 yang lalu, MISSA telah menganjurkan suatu aktiviti bermain futsal khusus untuk brothers. Aktiviti ini bertujuan untuk mengubat rindu pelajar-pelajar baru terhadap sukan ini yang menjadi aktiviti mingguan tetap bagi sesetengah mereka di Malaysia di samping tujuan yang lebih utama lagi ialah menyemarakkan ikatan silaturrahim antara pelajar baru dan lama.

Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari 9.30 hingga 11.30 pagi di ICA Sportzworx Windsor Gardens. Arena futsal ini tidak jauh bezanya dari Sport planet di Malaysia dengan ‘jaring-jaring’nya  yang  menutup setiap gelanggang. Tidak hairanlah para peserta tidak kekok untuk mempamerkan skill-skill menarik yang biasa mereka lakukan di ‘kampung’ sendiri. Disamping itu, bakat-bakat baru yang dapat bermain sehebat Messi, Ronaldo, Amir Zhaki  dan jaguh tempatan, Akmal Rizal juga dapat dicungkil dari aktiviti ini. Moga-moga bakat-bakat baru ini akan menyambung tradisi  hebat bola sepak pelajar Malaysia di Adelaide. Di akhir permainan, jelas terlihat kepenatan di muka para peserta akan tetapi semuanya puas dapat bermain permainan kegemaran mereka.

Pihak MISSA akan berusaha mengadakan aktiviti sebegini pada masa hadapan memandang sambutannya yang amat menggalakkan. Diharap para pelajar akan terus menyokong MISSA dalam mengadakan aktiviti sebegini bagi menyemarakkan budaya beriadah sambil berukhuwah sesama pelajar muslim di bumi Adelaide.

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.