Perkumpulan Musim Luruh 2009 Cipta Fenomena Baru!
Perkumpulan Musim Luruh atau lebih sinonim dengan nama Autumn Gathering kali ini dianjurkan oleh MISSA, dengan kerjasama ISMA Australia. Alhamdulillah, pada 11 hingga 13 April yang lalu, bertempat di Longwood Camp, Adelaide Hills, program ini dapat diadakan dengan jayanya. Sambutan tahun ini sangat menggalakkan dengan kehadiran lebih 50 peserta berbeza peringkat usia.
Penganjuran tahun ini menampakkan satu kelainan apabila durasi program dipanjangkan kepada tiga hari dua malam, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini membolehkan slot-slot pengisian dijalankan dengan lebih santai dan memudahkan penerimaan para peserta. Di samping itu, lebih banyak aktiviti fizikal dan outdoor diselitkan pada tahun ini bagi memberikan satu pengalaman berharga buat para peserta. Pihak MISSA juga berbangga dapat menjalinkan kolaborasi dengan ISMA Australia dalam menyediakan modul-modul pengisian buat para peserta.
Sabtu, 11 April 2009
Para peserta tiba di kem seawal jam 10.30 pagi menggunakan bas dan kereta. Setelah selesai urusan pendaftaran dan check-in, peserta kemudiannya menjalankan aktiviti ice-breaking bagi bersuai kenal dan menentukan kumpulan. Kemudian, peserta berkumpul di main hall untuk solat, lunch dan seterusnya mengikuti Slot 1 bertajuk Tipah Tertipu oleh Dr Zaki, Pengerusi ISMA Australia. Pada petangnya, aktiviti riadhah: Aku Sihat 1 dijalankan. Selesai tazkirah senja oleh saudara Khairi, Slot 2: Harimau Mati Meninggalkan Belang disambung oleh Dr Zaki.
Ahad, 12 April 2009
Keesokan harinya, peserta yang bersemangat bangun seawal 5.00 pagi untuk solat Subuh berjemaah dan mendengar Tazkirah Fajar oleh saudara Fakhruddin. Kemudiannya, aktiviti Aku Sihat 2 dijalankan sebelum peserta bersarapan dan bersedia untuk ke pengisian seterusnya.
Pagi Ahad ini diteruskan dengan Slot 3: Anak Singa Menjadi Kijang oleh Dr Zaki sebelum disambung dengan dua sesi Bengkel Aktif. Selepas solat dan lunch, tibalah masa untuk cabaran fizikal buat peserta dengan berlangsungnya aktiviti Wargames. Selepas menguruskan diri akibat seronok bermain, peserta dihidangkan dengan santapan rohani melalui Tazkirah Senja yang disampaikan oleh Saudara Faisal.
Tepat jam 8.30 malam, aktiviti Malam Jangan Biar Sepi dijalankan di mana memperlihatkan banyak bakat-bakat baru dicungkil tidak kira dari pihak peserta mahupun fasilitator.
Isnin, 13 April 2009
Keceriaan pagi ini diteruskan dengan Tazkirah Fajar oleh Saudara Syahr sebelum aktiviti Aku Sihat 3 dijalankan. Selesai sarapan, Slot Summary diteruskan oleh Dr Zaki sebelum Majlis Penutup dilangsungkan. Berlangsung juga sesi pengenalan ISMA Australia dan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta. Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Hafizudin Hamzahi dan Saudari Shazween Amalina Zuhairi kerana telah dianugerahkan peserta terbaik program. Juga kepada kumpulan 007 (brothers) dan kumpulan The Stars (sisters) kerana telah merangkul gelaran kumpulan terbaik sepanjang program.
Diharapkan melalui program ini, peserta mendapat kefahaman yang jelas tentang Sejarah Islam dan keperluan ke arah mengembalikan kegemilangan Islam. Di harap juga ukhwah yang terjalin sepanjang program ini berkekalan dan kekal utuh. Pihak MISSA ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta dan AJK yang terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan program ini. InsyaAllah, pihak Missa akan berusaha dan terus komited dalam menjayakan program ini pada tahun hadapan.
Disediakan oleh,
Umair Haqqan Aminurrahman
Pengarah Program I










Leave your response!
You must be logged in to post a comment.