Penempatan di Adelaide [to-do-list]
Berhijrah untuk belajar di Adelaide, jauh daripada ibu bapa dan keluarga semestinya satu pengalaman hidup yang sangat bermakna, yang pastinya tidak akan dapat dilupakan. Sekiranya yang datang sudah berkeluarga, lazimnya yang bakal menyambung pengajian untuk Masters atau PhD, mungkin pengalaman lalu sudah banyak mengajar, cuma perlu menyesuaikan diri dengan polisi dan cara urusan di sini. Maklumlah, bak kata pepatah, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.
Pengalaman ini pastinya lebih bermakna buat adik-adik undergraduates yang bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah, yang dahulunya hanya perlu memikirkan hal ‘study’, kini pelbagai perkara yang perlu difikirkan. Namun hakikatnya, apabila sudah biasa dengan urusan-urusan tersebut, tidak lagi menjadi satu beban, malah aturan yang mematangkan. Kalau dulu, kita tidak perlu memikirkan hal-hal bayaran rumah, kini, semuanya bakal kita uruskan.
Fasa-fasa Proses Penempatan
1) Fasa ‘Setup’ – cari rumah, apply untuk elektrik, gas, internet, beli perabot dll
2) Fasa ‘Maintainance’ – bayar sewa, bayar bil, kemas rumah, beli barang dapur
3) Fasa ‘Termination’ – kemas rumah (untuk dipulangkan), terminate internet, telefon, elektrik dll
Fasa ‘Setup’
Pelbagai pilihan penempatan yang boleh dipertimbangkan. Semuanya bergantung kepada suasana bagaimana yang anda gemari serta berapa banyak pendapatan sebulan anda. Rasanya, mudah saya kelaskan jenis penempatan yang boleh dijadikan pilihan seperti kelas-kelas berikut:
1) Bilik-bilik sewa
bayaran mingguan dikira ‘per-head’. Kebiasaannya, tenant akan memiliki satu bilik sendiri, tandas dan bilik air dikongsi dengan tenants lain, begitu juga dengan dapur. Kebanyakan Uni Accommodation bercorak begini. Kebiasaannya, sangat mahal. (pelajar tajaan JPA dan MARA yang 100% bergantung pada wang tajaan bulanan tidak dinasihatkan untuk memilih pilihan ini, melainkan ada sumber kewangan lain, seperti tajaan ekstra dari ibu bapa). Kebiasaannya, ada rules and regulation yang perlu dipatuhi semasa tinggal di sini.
2) Rumah-rumah sewa
bayaran mingguan dikira untuk satu rumah. bukan ‘per-head’ seperti bilik-bilik sewa. Pilihan ini lebih murah. Bayaran bil elektrik, telefon, air diuruskan oleh ahli-ahli rumah. Ada landlord yang menyediakan perabot dan ada yang tidak. Jangan risau, perabot boleh diusahakan dgn membeli belah di ‘garage sale’ ataupun di IKEA. Tiada rules and regulation yang specific. Hidup serumah seperti satu keluarga.Kebanyakan penuntut Malaysia di Adelaide tinggal di kawasan berikut:
Cara menyewa
Untuk Penempatan Uni (Uni Accommodation) (bilik-bilik sewaan), boleh layari laman web universiti malah universiti sendiri telah mengiklankannya dalam tawaran-tawaran yang para pelajar terima. Contoh: (The Village). Kami yakin, maklumat lengkap boleh didapati di dalam internet.
Apa yang ingin kami tekankan ialah, tentang beberapa cadangan untuk memudahkan urusan mencari rumah sewa yang dikatakan hanya boleh diusahakan setibanya di Adelaide.
Kenapa tidak semudah University Accommodation?
Protokol. Untuk menyewa rumah, para penyewa akan melalui proses-proses berikut:
1) Pilih rumah-rumah yang menepati citarasa melalui iklan-iklan
2) Inspect rumah pada masa yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. (Inspect= penyewa perlu hadir dan melihat rumah tersebut, dan boleh ambil borang untuk diisi atau negotiate dengan tuan rumah)
3) Tunggu jawapan dari ejen rumah atau landlord (sbb bukan kita sahaja yang apply, kita bersaing dengan pencari-pencari rumah yang lain)
4) Sign contract jika berjaya
Pastinya anda diperlukan di sini untuk menjalani proses-proses tersebut. Walaubagaimanapun, anda sudah boleh mengusahakan pencarian rumah dari sekarang! Bagaimana?
Cari Rumah Dari MALAYSIA
1) layari laman web http://www.realestate.com.au/realestate/sa > rent > SA, atau terus klik link ini http://www.realestate.com.au/cgi-bin/rsearch?s=sa&t=ren&snf=rbs&a=sf
2) Masukkan ‘suburb’ (kami ada attachkan peta Adelaide beserta penempatan yang dicadangkan. Cadangan adalah berdasarkan faktor keselamatan dan jaraknya dari ‘city’. kebanyakan pelajar University of Adelaide dan UNISA akan berkampus di city.
3) Masukkan jumlah sewa mingguan yang diingini. Cadangan, kurang dari AUD100 per-week seorang (jika ingin berkongsi 4 orang, maksimum sewa adalah AUD400)
4) Masukkan bilangan bilik tidur
5) Masukkan jenis kediaman yang diingini (house/townhouse/unit dll)
6) Pelbagai pilihan rumah yang ‘available’ akan dipaparkan
Apa yang perlu dilihat?
1) tarikh inspection. Ini sahaja yang anda mampu lakukan dari Malaysia. Iaitu menyusun schedule inspection setakat yang termampu. Jika tidak ada, email ejen tersebut.
2) Email pada ejen yang mengiklankan rumah berkenaan, tanyakan tentang tarikh inspection. Minta mereka email anda semula sekiranya rumah tersebut masih ‘available’ setibanya anda di sini. Berikan pada mereka tarikh anda dijangka tiba di Adelaide. (bukan semua ejen menwarkan ruang komunikasi melalui email)
Apa yang boleh dilakukan setibanya anda di Adelaide?
1) Dapatkan bantuan daripada senior-senior yang berpengalaman.Anda perlu dapatkan tips-tips dan tricks berguna daripada mereka (they’ve experienced a lot!)
2) Dapatkan iklan daripada Advertiser yang ada mengiklankan rumah-rumah untuk disewa dan tarikh-tarikh inspection yang anda dapati dari internet.
3) Pergi inspect rumah
4) Berminat? Apply. Uuntuk apply, markah untuk dokumen akan dikira. Pastikan bawa dokumen2 penting seperti lesen dan salinan surat beranak (jenis dokumen yang diminta berbeza-beza mengikut ejen)
Tips-tips untuk memaksimakan kemurahan rumah
1) Bil air included dalam rent atau tidak? atau tenant perlu bayar sendiri?
2) Dapur gas atau elektrik (gas lebih murah)
Perkara-perkara lain yang perlu dititik-beratkan:
1) Fully-furnished atau tidak? (untung jika dapat rumah murah yang sudah berperabot)- kebanyakannya tidak
2) Laman rumah perlu dijaga oleh tenant atau landlord yang akan uruskan? (untung jika landlord uruskan)
Sesiapa yang masih belum menghubungi mana-mana senior dan memerlukan penginapan sementara boleh hubungi:
Brothers:
Ahmad Khairi Zazali: +61433951266
Fakhruddin Afif Fauzi: +61433033473
Sisters:
Ili Mazlina Mukhtar: +61433103188
Siti Balqis Syed Mohamad Noor: +61420753292
atau emailkan ke missa.org@gmail.com










