Home » Info Pengangkutan Awam

Info Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam utama di South Australia; bas dan tram. Teksi juga terdapat di sini.

Secara umumnya, semua bas awam di Adelaide bergerak dari dan ke bandar dengan laluan yang sama dan tetap.

Bas dan tram menggunakan jenis tiket yang sama. Untuk pelajar, konsesi (diskaun) diberikan. Pastikan kad pelajar sentiasa dibawa bersama.

Tiket banyak perjalanan (Multi Trip Ticket) lazim digunakan kerana lebih mudah dan murah. Satu tiket boleh diguna sebanyak 10 cetakan masa, namun jika diguna dalam tempoh 2 jam selepas satu cetakan masa, bilangan cetakan tidak akan bertambah. Terdapat 2 jenis tiket:

  • All Times Ticket – Boleh diguna setiap masa, berwarna merah, harga $14.40 (harga konsesi)
  • Interpeak Ticket - Diguna jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari bekerja, berwarna hitam, harga $7.60 (harga konsesi)

Terdapat juga Single Trip Ttiket.

Maklumat lanjut sila layari Adelaidemetro.com.au

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.