Info Adelaide
Adelaide adalah bandar yang termaju dalam negeri South Australia (S.A) dan terletak di tengah-tengah perhubungan darat utama antara timur dan barat Australia.
Umum dihebahkan bahawa Adelaide hanyalah sebuah kampung dan mundur. Hakikatnya Adelaide boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar yang hidup dengan pelbagai festival walaupun tidak sebingit Melbourne dan sekotor Sydney, mungkin. Oleh itu, golongan emas memang begitu banyak didapati di kawasan Adelaide dan di S.A.
S.A mempunyai 4 musim yang berbeza sepanjang tahun; Musim Bunga (Dis-Feb), Musim Panas (Mac-Mei), Musim Luruh (Jun-Ogos) dan Musim Sejuk (Sept-Nov). Namun demikian,Musim Sejuk tidak begitu ketara di South Australia, lazimnya hanya waktu siang yang amat pendek dan angin sejuk yang sentiasa bertiup.
S.A terletak dalam Zon Waktu ACT (Australian Central Time) +9.30 (Malaysia +8.00).Seperti negara 4 musim yang lain, terdapat tempoh “Daylight Savings” di mana waktu diawal atau dilewatkan untuk disesuaikan dengan tempoh waktu siang dan malam semasa.
Terdapat 3 universiti di S.A;The University of Adelaide, The University of South Australia dan Flinders University. Kampus utama bagi dua universiti pertama terletak di dalam atau berhampiran bandar.



Leave your response!
You must be logged in to post a comment.