Home » Info Adelaide

Newcomers [02]: Adelaide, Universiti dan Bandarnya

23 February 2009 393 Views No Comment

 

Antara perkara yang selalu dirisaukan oleh pelajar-pelajar baru selepas rumah idaman adalah berkenaan pendaftaran di universiti. Sebenarnya pendaftran di universitilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara lain dapat diuruskan. Penghasilan ID Pelajar di universiti merupakan perkara penting untuk beurusan secara formal sama ada dengan pihak bank mahupun landlord kelak.

Orientasi adik-adik diuruskan oleh senior-senior yang berdedikasi membawa ke tempat-tempat utama di universiti dan sekitar bandar Adelaide.

Tiga perkara utama yang diselesaikan diawal orientasi adalah pendaftaran di universiti (permohonan ID Pelajar), pembukaan akaun bank dan permohonan telefon bimbit talian Australia.

Tempat-tempat menarik di bandar Adelaide yang sempat diperkenalkan adalah seperti Rundle Mall, Central Market, Tram Station, Melbourne St dan tidak lupa kepada restoran terkemuka The Swinging Bowl of Satay kepunyaan Encik Azam, bekas pelajar jurusan sains University of Adelaide.

MISSA mengucapkan selamat berkenalan dengan Adelaide. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Adelaide yang kita akan lawati nanti.

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.