Newcomers [01]: Rentak Pertama di Adelaide
Bak kata pepatah “patah tumbuh hilang berganti”. Kembalinya pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian ke Malaysia akan diganti dengan pelajar-pelajar baru dengan pelbagai karenahnya.
Begitulah fenomena yang mewarnai kehidupan di Adelaide ini. Ada yang datang seorang, ada yang berkumpulan, ada yang berkeluarga, kebanyakannya masih bujang, ada postgraduates dan ada undergraduates. Keluarga Adelaide berkurang dan bertambah tetapi semakin meriah.
MISSA secara keseluruhannya sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan adik-adik ke bumi bertuah ini. Tidak sekadar perasaan di hati, kehadiran adik-adik di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide disambut dengan terbuka oleh pihak MISSA. Beberapa siri sambutan telah dibuat di lapangan terbang berkenaan memandangkan tarikh penerbangan yang berbeza-beza.

Mereka yang disambut ditempatkan sementara di penempatan kebajikan Meredith dan Maple. Penempatan kebajikan di Meredith dan Maple mungkin agak kecil, tetapi cukup untuk menampung beberapa orang dalam satu-satu masa sementara menemui rumah idaman masing-masing.
Suasana bersesak-sesak di penempatan kebajikan, menyemai hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Semoga yang baru sampai dapat menyesuaikan diri. MISSA akan sentiasa bersama menghulurkan bantuan yang terbaik.
Langkah mereka baru bermula.










Leave your response!
You must be logged in to post a comment.