Home » Dunia Islam

Jihad Palestin, Jihad Kita

5 February 2009 739 Views No Comment

Umat Islam diketuk lagi dengan hentaman Israel Laknatullah di Gaza. Ketukan bertalu-talu yang membuatkan umat Islam yang benar-benar merasa bangga dengan Islam pastinya tercabar semangatnya dek kerana tercalar maruahnya. Islam mengajar umatnya untuk berjihad. Namun ta’rif jihad itu sendiri telah diselewengkan oleh propaganda Yahudi hinggakan seluruh dunia merasa gerun dengan perkataan JIHAD. Malah umat Islam sendiri kadang merasa ekstrim jika diseru dengan laungan jihad.

Kita di pihak mana? Adakah kita termasuk dalam golongan yang termakan dengan dakyah dan propaganda Yahudi yang sememangnya bermaksud untuk melemahkan semangat penganut Islam yang sentiasa merasa bangga dengan Islamnya? Jika kita masih di pihak itu, sedarlah! . Jihad ertinya meninggikan kalimah Allah sehinggalah di anggap tertinggi dari yang lainnya. Jihad bukan membunuh tetapi membangun peradaban ummah. Mari kita keluar dari kepompong taklukan minda Yahudi dan dakyah barat, kembali berdiri atas landasan maruah dan kebanggaan umat Islam! Mari berJIHAD!

Jihad Palestin adalah Jihad Kita

Saudara-saudara kita di Palestin adalah golongan yang dipilih Allah untuk berjihad di medan yang menjanjikan syahid. Jihadnya sememangnya ditakdirkan di atas tanah barakah Palestin. Sedang mereka bertungkus lumus mengejar wangian syahid, lantas, adakah kita hanya mampu mendengar, melihat, tanpa berbuat apa-apa? Tegakah kita melihat Yahudi dan kuncu-kuncunya merobek-robek maruah Islam?

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Kita mampu untuk melakukannya walau dari jauh. Kita berdaya untuk mengubah kemungkaran tersebut dengan tangan kita, dengan lisan kita, dengan hati kita. Cuma yang perlu, adalah kekuatan dan azam kita untuk melakukannya. Tidak cukupkah lagi dengan penghinaan bertalu-talu dari kafir-kafir laknatullah terhadap ummat Islam untuk menyemarakkan lagi jihad kita di medan kita ini?

BOIKOT

Kenapa perlu boikot? Berdasarkan fatwa kontemperori Yusuf Qardawi, hukum memboikot adalah wajib fardu ain. Di mana, apabila kita mengetahui tentang sesuatu hal yang sekiranya kita tidak memboikot, akan berleluasa kemungkaran itu, wajib untuk kita mencegah kemungkaran tersebut.

Sememangnya taktik licik Yahudi mengikat para gentile (non-Yahudi) dengan kebergantungan ekonomi pada mereka. Mereka pastinya bergelak ketawa apabila umat Islam sendiri merungut apabila seruan boikot di api-apikan. Biasa kita dengar:

… kenapa perlu boikot, majoriti pekerjanya adalah umat Islam sendiri. Habislah sumber kewangan mereka?; Saya dah guna produk tersebut bertahun-tahun, badan saya susah nak sesuaikan dengan produk lain; Tak up-to-date la produk lain, jenama ni terkenal di seluruh dunia!

Sememangnya itulah yang Yahudi mahukan. Kebergantungan total pada mereka. Tanpa mereka, kita rasakan, habislah kehidupan kita. Kita perlu sedar bahawa, tindakan memboikot itu sendiri akan memberi kekuatan kepada umat Islam, dan melemahkan mereka. Masyarakat perlu sedar, kuasa politik bergantung kepada kuasa ekonomi. Dunia digerakkan dgn ekonomi. Indahnya dunia bila ekonomi mantap. Umat Islam menang dengan kuantiti paling ramai iaitu 1.6 bilion di seluruh dunia. Dengan tindakan dan usaha kita (boikot dll) kita tidak akan lagi hanya menjadi buih-buih di lautan yang kadang tenggelam, kadang timbul, tiba masanya mungkin pecah dipukul badai. Kita mampu menjadi buih-buih lautan yang boleh menenggelamkan mana-mana negara yang memusuhi Islam, dengan syarat kita bersatu. Bersatu dengan satu fahaman akidah yang sama. Jika kita semua sedar dan kuat dengan mujahadah kita, sememangnya boikot dapat membantu rakyat Palestin.

Mari kita hentikan aliran kewangan kita pada Israel, yang selama ini menjadi sumber kekuatan mereka yang meyakinkan mereka untuk bertindak sesuka hati mereka.

Yakin untuk memboikot? Apa yang perlu kita buat?

  1. Bina keazaman, supaya semangat tidak akan pudar
  2. Apa yang perlu diboikot? Contoh: Coca- Cola. Dapatkan senarai barang boikot.
  3. Sentiasa ingat dan merasa jijik dengan produk-produk tersebut.

Sememangnya tindakan kita tidak akan berkekalan selagi mana kita tidak yakin dengan apa yang kita lakukan. Justeru, ajari diri apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Belajarlah mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

Sumber Rujukan:

  • Al-Kuliyah (Jihad) 2 Januari 2009
  • Al-Kuliyah (Boikot) 23 Januari 2009
  • Saifulislam.com
  • Dr Zaki Ibrahim 17 Januari 2009

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.