Jangan Berburuk Sangka
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra antara satu sama lain adalah satu amalan yang baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana ini mampu membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.
Sebaliknya, hidup berpecah-belah dan berjahat sangka adalah dilarang keras, kerana ini boleh membawa kepada keruntuhan dan porak-peranda masyarakat. Dalam hadith di atas, junjungan besar kita telah mengingatkan seluruh manusia tentang beberapa sifat keji yang mampu mendorong perselisihan dan permusuhan. Setiap insan ditegah melakukan perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan perkelahian, iaitu:
- Berjahat sangka; seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seseorang sehingga menimbulkan perbalahan.
- Mencari rahsia orang lain; seperti menyelidik keburukan peribadi seseorang hingga menimbulkan suatu perselisihan.
“Wahai orang yang beriman, jauhilah kamu daripada banyak berjahat sangka, bahawa setengah daripada sangkaan (jahat sangka) itu dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia (aib) orang dan janganlah bermaki-hamun (mengumpat juga) setengah kamu terhadap setengah yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudara yang telah mati? Takutlah kamu kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha penerima taubat dan maha penyayang.” (al-Hujurat: 12)
- Mencari berita buruk; seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuklah mangambil berita buruk dan khabar buruk dari orang tidak bertanggungjawab.
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita , hendaklah kamu periksa, (kerana takut), jika kamu menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lau kamu menyesal atas perbuatan kamu.” (al-Hujurat: 6)
- Berhasad dengki; iaitu mencari jalan untuk menghilangkan ni’mat yang ada pada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya dan keburukannya, bukan sahaja kepada orang yang didengki, malah juga kepada pendengki dan masyarakat.
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ini merosakkan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.” (Hadith Rasulullah s.a.w)
- Bermasam muka; iaitu menunjukkan perasaan benci kepada orang lain. Sifat ini boleh meregangkan perhubungan baik antara satu sama lain.
- Bermarah-marahan; iaitu bertengkaran antara satu sama lain.
Oleh itu, orang Islam perlulah hidup berbaik-baik dan hormat-menghormati antara satu sama lain supaya mampu mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama, insyaAllah.









“serendah-rendah tahap ukhuwwah ialah berlapang dada, dan yang paling tinggi ialah itsar(melebihkan org lain dari diri sendiri)”
dan banyak lagi diantara keduanya…
sejauh mana kita sudah berlapang dada dengan rakan kita?
sudah berukhuwwahkah kita?
tepuk dada tanya iman….
Sedikit perkongsian (mungkin tidak berkesinambungan dari isi artikel di atas, tetapi masih dalam konteks/topik yang sama).
Al-Quran dan as-Sunnah telah menjelaskan dan menegaskan kebanyakan manusia ada buruk sangka terhadap Allah dan agamaNya. Bahkan ramai yang mengaku sebagai muslim tetapi buruk sangka kepada Allah… sama ada mereka berburuk sangka terhadap Allah tentang kesempurnaan syariatNya atau tentang kebenaran dan kesucian agamaNya.
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran”. (Yunus-10: 36)
“Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah (sebagaimana firman Allah dalam Fussilat-41:23) “Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang yang rugi”. (H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Ini menjelaskan bahawa berburuk sangka (berprasangka buruk) terhadap Allah dalam apa hal sekalipun adalah perbuatan keji dan perlu dielakkan. Buruk sangka terhadap Allah adalah sikap orang jahiliah yang sangat dikutuk oleh Allah.
Setiap orang yang mengaku beriman dilarang dari berburuk sangka dengan keadilan Allah kepada makhlukNya, berburuk sangka terhadap kesempurnaan agama Allah dan berburuk sangka terhadap kekuasaan Allah sehingga membelakangkan Allah dalam segala aspek dan cara hidup.
Semua punca timbulnya buruk sangka adalah berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan. Akhirnya hati yang rosak ini menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan pedoman, dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka.
“Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya”. (H/R Imam Malik)
Sebagai orang yang beriman dengan Islam, kita perlu segera meninggalkanpenyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka terhadap Allah dan segera bertaubat. Supaya tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu. Oleh itu setiap mu’min sewajarnya menyibukkan diri dengan menuntut ilmu.
wallahu a’lam.
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
Untuk Newcomers!
Tentang MISSA
Terkini
Komen Terkini
Apa Kata Anda
ISMA Antarabangsa
ISMA Malaysia
Pautan
Login