Impak Jet Lag
Bagi mereka yang baru pertama kali mengembara dengan pesawat ke tempat-tempat yang jauh, pastinya mereka akan merasai ketidak selesaan pada badan dan tidur. Rasa lesu, pening-pening, tidak cukup tidur dan sebagainya memang sinonim dangan penuntut-penuntut yang baru tiba di Adelaide (yalah, MISSA kan hak milik komiti Adelaide!). Keadaan ini disebut sebagai Jet Lag. Ikuti penerangan berikutnya tentang Jet Lag.
Jet Lag merupakan situasi dimana berlaku gangguan kepada waktu tidur dan ini termasuk dalam kelas ’sleeping disorder’ yang berlaku terutamanya kepada meraka yang mengembara jauh dengan pesawat ke arah timur atau barat. Secara mudahnya, kita boleh fahami Jet Lag ini sebagai gangguan biological clock.
Kenapa Berlaku Jet Lag?
Informasi asas yang perlu diketahui ialah International Time Zone dan Greenwich Meridian Time atau GMT. Setiap jaluran negara di dunia mempunyai Time Zone dan GMT yang berbeza, bergantung kepada waktu matahari terbit dan terbenam di setiap negara itu sendiri. GMT untuk Malaysia ialah +8.0, Adelaide ialah +10.5 (with DST), Sydney, Melbourne dan Brisbane +11.00 (with DST) dan New Zealand +12.00.
Andaikan di Malaysia, waktu tidur kebiasaan ialah jam 11.00 malam sehingga 5.00 pagi. Disebabkan perbezaan GMT antara Malaysia dan Adelaide ialah +2.5 jam, waktu tidur sebenar mereka yang baru tiba di Adelaide ialah 1.30 pagi sehingga 7.30 pagi. Disebabkan perubahan waktu begini, Jet Lag terjadi.
Bagi mereka yang menaiki pesawat ke timur pula, contohnya daripada Adelaide ke Malaysia, hal sebaliknya berlaku, iaitu perbezaan GMT menjadi negatif.
Simptom-simptom
Bergantung kepada ke arah mana pengembaraan berlaku (Timur atau Barat), simptom-simptom Jet Lag adalah berbeza. Mereka yang mengembara ke arah barat seringkali mengalami kekurangan tidur, manakala mereka yang mengembara ke arah timur akan mengalami insomnia. Walau bagaimanapun, terdapat juga simptom-simptom tipikal seperti masalah pencernaan, kurang selera makan, sakit kepala, depresi, dan hidung berair.
Cara Mengatasi
Mereka yang mengembara ke timur digalakkan untuk banyakkan tidur dan rehat semasa dalam perjalanan di dalam pesawat, dan sebaliknya untuk merek yang menghala ke barat. Pengambilan makanan-makanan berat juga adalah tidak digalakkan semasa dalam perjalanan.
[Rujukan: Google.com (carian: Jetlag)]











Leave your response!
You must be logged in to post a comment.