Imbasan Academic Day 2009
Academic Day merupakan salah sebuah program berbentuk perkongsian pengalaman dan ilmu antara para senior dan junior di Adelaide yang diadakan pada setiap tahun. Pada tahun ini, sekali lagi MISSA telah berjaya mengukir sejarah penganjuran program ini dengan jayanya pada 14 Mac yang lalu di Enfield Community Hall! Sambutan yang sangat meriah dapat disaksikan dengan kehadiran ramai volunteer dan pelajar-pelajar tahun satu di Adelaide.
Seawal jam 9.20 pagi, program ini telah dirasmikan oleh presiden MISSA, saudara Muslim seusai ucapan perasmian beliau. Setelah itu, program diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Fikri, memohon keberkatan gathering pada hari itu, amiin. Program dihangatkan lagi dengan sesi forum yang menampilkan tiga panelis yang semakin meningkat naik nama mereka. Mereka ialah Rozanizam Zakaria sebagai wakil undergrad, Haniza Hassan sebagai wakil postgrad, dan Abg Zai sebagai wakil yang sudah berkerja. Gandingan hebat mereka bertiga dimantapkan lagi dengan kelancangan moderator yang sangat berstyle dalam madah bicara, saudara Syukri, dan menghasilkan forum yang sangat informative dan interactive. Buktinya, para peserta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya tanpa ada yang tidur selama satu jam lima belas minit!!
Seterusnya, peserta disajikan dengan tayangan Adelaide Promo yang sangat menghiburkan. Kira-kira sepuluh minit kemudian, tibalah kemuncak program Academic Day yang bukan hanya pada tahun ini, malah pada tahun-tahun sebelumnya, iaitu perkongsian pengalaman oleh para senior mengikut course masing-masing di booth-booth yang telah disediakan pihak penganjur, MISSA. Antara aktiviti lain di booth termasuklah jualan buku-buku teks, nota-nota dan alat tulis. Hanya beberapa minit booth session berlansung, keadaan dalam dewan yang sederhana besar itu menjadi gamat seakan-akan Stadium Bola Sepak Perak dengan suara para senior yang bersemangat menceritakan pengalaman mereka dan juga suara para junior yang sungguh asyik menanyakan itu dan ini kepada abang-abang & akak-akak di booth masing-masing! Mujur tiada dinding yang retak akibat kegamatan yang berlaku.
Akhirnya, program Academic Day 09 melabuhkan tirainya dengan aktiviti santapan beramai-ramai. Pihak pemganjur memohon maaf kerana berlaku kekurangan hidangan. Walau bagaimanapun, para peserta dan pihak penganjur merasa puas kerana program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. MISSA sekali lagi mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para volunteer, seniors dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Academic Day 2009.










Leave your response!
You must be logged in to post a comment.