Home » Laporan MISSA

Autumn Gathering 2009: Apa Kata Anda?

20 April 2009 742 Views No Comment

 

Assalamualaikum. Alhamdulillah Autumn gath 2009 telah tamat tetapi memori dan kenangan bersama dalam kita berbincang, bertukar pandangan dan bermain masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Terima kasih kerana menjemput saya untuk bersama menjayakan autumn gath 2009. Satu gathering yang unik. Gathering ini memberi keyakinan bahawa umat ini masih ada saki baki pemuda/pemudi yang tinggi keazaman dirinya untuk melonjakkan kemampuan dirinya dalam mencari keredhaanNYA, SYABAS !!! Wassalam

(Dr Mohd Zaki Ibrahim, Pengerusi ISMA Australia)

Sebiru hari ini.. Indahnya bagai langit terang benderang..
Sebiru hati kita.. bersama di sini..

Lirik dan nada yang masih terngiang-ngiang ditelinga, dan masih meniti dibibir semua. MISSA menemuramah pemenang-pemenang anugerah PESERTA TERBAIK, serta wakil-wakil kumpulan yang memenangi anugerah PERSEMBAHAN TERBAIK, dan KUMPULAN TERBAIK Autumn Gathering 2009. Ini kata mereka. Apa pula kata anda? (Tinggalkan luahan rasa anda di bahagian ‘comment’)

Apa pandangan Aween tentang AG 2009?

Autumn gath sangat best, menarik!.Mula2 tanak pegi, tp ternyata berbaloi 3 hari 2 malam tuh. Aktiviti menarik. xdela rase macam datang dengar ceramah semata2. ade games, perbincangan2. .. Paling penting apa yang aween dapat dari AG ni, time skolah dulu belajar in general je psl bani abasiyah semue ni. xde feel langsung! ^-^, kat AG siap ade video lagi. rse berkobar2 gile! muahaha. Nxt year Aween nak dtg lagi. korang2 yang x datang tu datangla. muahaha. gerenti x rugi! (^_^)

Shazween Amalina Zuhairi, peserta terbaik Autumn Gathering 2009

Apa pandangan Fizi tentang Autumn Gath 2009?

Saya sangat bersyukur dapat mengikut Program ‘Autumn Gath’ kerana ia merupakan program yang baik kerana saya dapat menyelami segala pengisian yang ada sepanjang program ini. Program ini bagi saya adalah satu ‘leadership program’ dan sebelum ini telah banyak leadership program yang saya sertai tapi bezanya dengan program ini ialah terdapatnya ‘distintive’ elemen yang menjadikan ia satu program yang menpunyai kelainan. Saya mendapat pengisian terutamanya dalam sejarah Islam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zaki kerana banyak membantu saya dalam memberi idea dalam menyiapkan projek-projek didalam bidang saya iaitu seni bina. Beliau menerangkan elemen sejarah Islam daripada zaman kerajaan-kerajaan Islam yang gemilang terdahulu sehingga konsep Negara kita sendiri di Malaysia tetapi dari perspektif Islam . Itulah elemen yang paling bermanfaat yang telah saya dapat disini.

Seterusnya, saya juga mendapat satu perkataan baru disini iaitu ‘kebersamaan’ dimana semua pelajar-pelajar Malaysia bersama-sama untuk ‘gathering’ disini dan memberi peluang kepada saya mengenali dengan lebih rapat masyarakat kita disini disamping membina ‘ukkhuwah’ bersama mereka.Itu sahaja,dan sekali lagi ingin saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana dengan adanya program ini, ia membantu membangunkan peribadi dan jati diri saya sebagai seorang muslim.Terima Kasih.

MUHAMMAD HAFIZUDIN HAMZAH, peserta terbaik Autumn Gathering 2009

Apakah sebab yang mendorong kumpulan anda menjadi kumpulan terbaik dalam Autumn Gathering 2009?

Banyak sebab sebenarnya, antaranya, saya masih ingat Fizi (peserta lelaki terbaik) cakap kepada kami pada hari kedua, dah banyak dah program macam ni yang dia sertai tetapi selalu masuk kumpulan yang kalah je.. mula2 dengar kesian jugak, kemudian terasa nak kumpulan dlm Autumn Gathering kali ni menang.

Tetapi bukan sebab itu je, ahli pasukan yg lain pun sangat bekerjasama, berkesefahaman dan bersemangat tinggi. Contohnya, Mujahid. Walaupun cedera muda tapi masih bersemangat, bukan sahaja dalam bengkel tetapi aktiviti luar pun dia sangat bersemangat.

Kesimpulannya, kumpulan ini menang atas sebab diri mereka sendiri. Dalam diri mereka memang tersimpan semangat dan ciri2 yang diperlukan Islam. Namun, semangat sahaja tidak mendatangkan hasil andai tiada tindakan susulan. Dalam Autumn Gath kali ni mereka telah tunjukkan yang mereka memang hebat. Semoga kita terus memperbaiki diri untuk masa depan yang lebih cerah. Amin.

Muhammad Faisal bin Kamarul Zaman (fasilitator kumpulan terbaik Autumn Gathering 2009)

Apa rahsia kumpulan ‘The Stars’ sehingga dionobatkan sebagai kumpulan terbaik?

Hadiah group terbaik dinilai dari segi komitmen kumpulan dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam program berjalan. Ahli ‘The Stars’ yang terdiri daripada adik-adik First Year, Aween, Diyana, Nisa dan Efifi sememangnya rancak dalam mengeluarkan pendapat dan idea-idea bernas. Keterlibatan masing-masing dalam persembahan, games dan sebagainya turut menampakkan semangat mereka dalam memberi sepenuh komitmen sepanjang aktiviti berjalan. Mudah bertanya, ketelusan dalam perbincangan, hubungan yang erat sesama ahli kumpulan dan faci, menjadikan segalanya mudah. The Stars, I really had a great time with you all, loves.. Walaubagaimanapun, title terbaik bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah kesan susulan semua setelah melangkah keluar dari program AG 2009. Semoga manfaat AG 09 dirasai semua!,

Siti Balqis Syed Mohamad Noor (faci The Stars, group terbaik sisters)

apa perkara penting yang ditekankan dlm memberikan persembahan yang mantap pd mlm tu?

firstly kteorg tekankn satu realiti dlm khidupan masyarkat kte skrg yg mne fokusnye brkisar tntg khidupan remaja, yg kte lihat smakin hari smkin byk yg hnyut dlm mlawn arus yg sgtla kuat. slain tu kami juge tknkn bhw hidayah 2 mlk Allah, yg perlu kte ambil ble dah singggah kat pintu hati kite n at d same timeblh pgi ble2 mse saje….so, kte kne la brubah mnjdi lbh baik selagi ade kesmpatn..then lastly kteorg cbe igtkn semuorg btape Islam itu 1 anugerah yg perlu kte jage, semai, dan bajai agar tanah yg kian gersang kn subur kmbali…..

Fatihah Ghazali dan Siti Asmak Ab Latib, Wakil Pemenang Kumpulan Persembahan Terbaik (Sisters) AG09

Apakah rahsia kejayaan kumpulan saudara sehingga dinobatkan sebagai juara persembahan terbaik?

Sebenarnya,rahsia kumpulan kami ialah perancangan yang baik dan penggabungan idea yang mantap antara setiap ahli. Disamping itu, ia juga dibantu oleh bakat-bakat terpendam yang ada dalam kumpulan kami. Hasilnya, dapat dilihat dari pelakon-pelakon yang dapat ‘feel’ watak yang mereka lakonkan. Secara jujur, lakonan kami tidak selancar apa yang dirancang tetapi bakat pandai meng’cover’ sesetengah pelakon memang amat membantu untuk menutup kelemahan persembahan kami. Itu sahaja yang saya dapat fikirkan setakat ini,terima kasih

Naim Yusof(Wakil pemenang persembahan Brothers)

AG 2009, macamana?

“Tidak dinafikan autumn gathering pada tahun ini adalah yang paling best pernah dihadiri. Penyampaian yang bersahaja, perbincangan dua hala yang aktif dan dinamik, tayangan video yang membawa mesej-mesej yang jelas dan aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Semoga peserta-peserta bagi autumn gathering pada tahun ini pulang dengan misi untuk menjadi individu yang lebih baik sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Islam.”

Nurul Izzati Othman, Naib Presiden MISSA

Share/Save/Bookmark

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.